Sunday, February 28, 2010


WiMAX ialah singkatan kepada "Worldwide Interoperability of Microwave Access".

Secara ringkasnya WIMAX ia sistem komunikasi tanpa wayar yang dikhususkan kepada kawasan bandar-bandar besar.

WIMAX telah digunakan di negara lain, tetapi bagi negara kita ia merupakan satu benda baru dan merupakan revolusi kepada dunia internet. Ia membolehkan penggunakan mendapat capaian internet di kawasan "hotspots" tertentu dengan kelajuan tinggi berbanding dengan 3G.

Anda boleh mendapatkan akses internet berkelajuan tinggi dengan menggunakan WIMAX sehingga jarak 50 km dari pemancar tetap.

Sebagai perbandingan dari segi kelajuan, anda boleh melihat carta di bawah.

Seperti komunikasi broadband lain, ia juga memerlukan sebuah modem untuk berfungsi. Modem pula jenis "plug and play" serta tidak memerlukan sebarang peisian dipasang sebelum servis ini boleh digunakan.

Bagi negara kita syarikat yang menawarkan servis ini ialah P1.

Setakat ini hanya beberapa bandar sahaja di negara kita yang dapat menikmati servis ini dan sedang diperluaskan ke seluruh negara.

Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada pengguna dengan harga yang sangat berpatutan dengan servis yang dibekalkan. Kelajuan maksimum pula sehingga 2.4 Mbps

No comments:

Post a Comment