Sunday, February 28, 2010

PERUBAHAN YANG MENARIK BAGIKU

Assalamualaikum kepada semua yang membuka blog saya yang tidak seberapa ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca artikel ini.Jikalau anda semua ingin tahu,jalur lebar telah banyak merubah hidup saya.Dengan jalur lebar ini juga,saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang pelbagai benda.Jalur lebar telah membantu saya dalam pelajaran.
    Selain itu,dengan adanya jalur lebar saya menjadi lebih rajin untuk belajar dan mengetahui ilmu dan maklumat semasa.Saya dapat melayari internet pada bila-bila masa sahaja.apabila saya melayari internet,saya dapat berkomunikasi dengan orang di seluruh negara.Di samping itu,saya dapat mengetahui suasana dan keadaan di sana.
    Kesimpulannya,jalur lebar atau dikenali sebagai broadband amat penting bagi kita semua pada zaman teknologi nano ini kerena banyak kegunaannya dan faedahnya.Akhir sekali,saya amat menghargai pembuatan jalur lebar ini.Pesan saya"gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin untuk berjaya"

Teknologi Tanpa Wayar - Rangkaian 3G, WiFi dan WiMax

KELIRU dengan pelbagai istilah teknologi rangkaian masa kini terutama teknologi tanpa wayar atau bergerak? Baru sahaja kita mengenali teknologi 3G untuk rangkaian telefon bimbit berkelajuan tinggi dan WiFi, kini timbul pula istilah baru, WiMax.
Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.
Bagaimanapun, apa yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah teknologi jalur lebar wayarles yang dikatakan mampu meningkatkan kadar penembusan pengguna jalur lebar di negara ini.Malaysia sememangnya agak ketinggalan dari segi bilangan pengguna jalur lebar berbanding negara-negara di rantau ini yang sedang membangun dengan pesat dalam teknologi itu.
Menurut IDC Malaysia, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia hanya mencecah angka 2 peratus sahaja pada 2003, berbanding Singapura 30 peratus, Taiwan 40 peratus dan Korea Selatan lebih 60 peratus. Masalah akses jalur lebar di negara kita sememangnya serius. Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara pada tahap antara 5 dan 10 peratus dari 2006 hingga 2008 atau mencapai 2.8 juta pengguna.
Memandangkan pelaksanaan jalur lebar menggunakan teknologi ADSL yang menggunakan kabel memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk boleh dilaksanakan secara menyeluruh, maka teknologi wayarles sebenarnya boleh menjadi alternatif masa kini.

broadband ni adalah satu jaringan rangkaian internet yang meluas di sesuatu kawasan.. contoh dlam mesia nie ade streamyx, celcom, maxis, P1Wimax, Jaring, dll... kelajuan yg mereka bg seperti 1Mbps, 1.2Mbps, 4Mbps, 512Kbps; menunjukkan kelajuan internet/broadband tersebut..

Wireless adalah satu teknologi tanpa wayar yang memudahkan pengguna untuk berinteraksi.. contoh macam telefon bimbit.. wireless juga boleh digunapakai dalam sistem broadband.. contoh streamyx; menggunakan modem+router wireless, membolehkan internet/broadband itu dipancar melalui frekuensi2 yg berlaenan kelajuan.. contoh kalo bro beli router wireless dengan kelajuan 54mbps. 54mbps 2 menunjukkan kelajuan frekuensi dari router tersebut. bukannye kelajuan internet.. kegunaan kelajuan 54mbps nie semasa bro nak buat sharing files dari satu komputer ke komputer yang laen... so, kelajuaan yang dia tawarkan adalah 54mbps, mengikut jarak yang sesuai. semakin jauh PC dengan router wireless, semakin rendah kelajuan yang PC terima.. berlainan dengan menggunakan network card. menggunakan kabel(LAN CABLE) seperti wayar telefon, sambungan dibuat dari router ke PC.. dengan kelajuan yang stabil iaitu 100mbps.. memudahkan process sharing file dan menstabilkan connection internet berbanding dengan menggunakan wireless..

WiMAX ialah singkatan kepada "Worldwide Interoperability of Microwave Access".

Secara ringkasnya WIMAX ia sistem komunikasi tanpa wayar yang dikhususkan kepada kawasan bandar-bandar besar.

WIMAX telah digunakan di negara lain, tetapi bagi negara kita ia merupakan satu benda baru dan merupakan revolusi kepada dunia internet. Ia membolehkan penggunakan mendapat capaian internet di kawasan "hotspots" tertentu dengan kelajuan tinggi berbanding dengan 3G.

Anda boleh mendapatkan akses internet berkelajuan tinggi dengan menggunakan WIMAX sehingga jarak 50 km dari pemancar tetap.

Sebagai perbandingan dari segi kelajuan, anda boleh melihat carta di bawah.

Seperti komunikasi broadband lain, ia juga memerlukan sebuah modem untuk berfungsi. Modem pula jenis "plug and play" serta tidak memerlukan sebarang peisian dipasang sebelum servis ini boleh digunakan.

Bagi negara kita syarikat yang menawarkan servis ini ialah P1.

Setakat ini hanya beberapa bandar sahaja di negara kita yang dapat menikmati servis ini dan sedang diperluaskan ke seluruh negara.

Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada pengguna dengan harga yang sangat berpatutan dengan servis yang dibekalkan. Kelajuan maksimum pula sehingga 2.4 Mbps

Friday, February 19, 2010