Sunday, February 28, 2010

PERUBAHAN YANG MENARIK BAGIKU

Assalamualaikum kepada semua yang membuka blog saya yang tidak seberapa ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca artikel ini.Jikalau anda semua ingin tahu,jalur lebar telah banyak merubah hidup saya.Dengan jalur lebar ini juga,saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang pelbagai benda.Jalur lebar telah membantu saya dalam pelajaran.
    Selain itu,dengan adanya jalur lebar saya menjadi lebih rajin untuk belajar dan mengetahui ilmu dan maklumat semasa.Saya dapat melayari internet pada bila-bila masa sahaja.apabila saya melayari internet,saya dapat berkomunikasi dengan orang di seluruh negara.Di samping itu,saya dapat mengetahui suasana dan keadaan di sana.
    Kesimpulannya,jalur lebar atau dikenali sebagai broadband amat penting bagi kita semua pada zaman teknologi nano ini kerena banyak kegunaannya dan faedahnya.Akhir sekali,saya amat menghargai pembuatan jalur lebar ini.Pesan saya"gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin untuk berjaya"

No comments:

Post a Comment